10 Pesanan Lukmanul
Hakim Kepada Anaknya
Dan (ingatlah) ketika
Luqman berkata kepada anaknya, di waktu ia memberi pelajaran kepadanya:
“Hai anakku, janganlah
kamu mempersekutukan Allah, sesungguhnya mempersekutukan (Allah) adalah
benar-benar kezaliman yang besar.” QS. 31:13
Tiada kata seindah doa
dan nasihat yang berguna, Lukmanul Hakim adalah seorang hamba pilihan Allah,
yang dianugerahi banyak hikmah dan rahsia kehidupan. Pada anaknya Lukmanul
Hakim memberi nasihat, yang sarat makna dan rahsia kehidupan, semuga jadi
pegangan. . .
1. Wahai Anakku yang ku
sayangi…
Ketahuilah sesungguhnya
dunia ini bagaikan lautan yang dalam, banyak manusia yang karam di dalamnya.
Bila engkau ingin selamat, layarilah lautan itu dengan sampan yang bernama
taqwa, isinya iman dan layarnya adalah tawakkal kepada Allah SWT.
2. Wahai anakku yang ku
sayangi…
Sesungguhnya orang-orang
yang selalu menyediakan dirinya untuk menerima nasihat, maka dirinya akan
mendapat perjuangan dari Allah. Orang yang insaf dan sedar telah menerima kemuliaaan
dari Allah.
3. Wahai anakku yang ku
sayangi…
Orang yang merasa
dirinya hina dan rendah diri dalam beribadah dan taat kepada Allah, maka dia
bertawadhu’ kepadaNya. Dia akan lebih taat kepada Allah dan selalu berusaha
menghindari maksiat.
4. Wahai anakku yang ku
sayangi…
Seandainya orang tuamu
marah kepadamu (kerana kesalahanmu) maka marahnya orang tuamu itu adalah
bagaikan pupuk bagi tanaman.
5. Wahai anakku yang ku
sayangi…
Jauhkanlah dirimu dari
berhutang kerana sesungguhnya berhutang itu boleh menjadikan dirimu hina di
waktu siang dan gelisah di waktu malam.
6. Wahai anakku yang ku
sayangi…
Selalu berharap kepada
Allah tentang segala sesuatu yang menyebabkan dirimu tidak derhaka kepada
Allah. Takutlah kepadaNya dengan sebenar takut, tentulah engkau akan terlepas
sifat putus asa dari rahmat Allah SWT.
7. Wahai anakku yang ku
sayangi…
Seorang pendusta akan
lekas hilang air mukanya kerana tidak dipercayai orang dan seseorang yang telah
rosak akhlaknya akan senantiasa melamunkan perkara yang tidak benar, ketahuilah
memindahkan batu besar dari tempatnya semula itu lebih mudah dari mengembalikan
nama baik atau kehormatan.
8. Wahai anakku yang ku
sayangi…
Engkau telah merasakan
betapa berat memindahkan batu itu dan besi yang amat berat tetapi akan berat
lagi dari semua itu, adalah apabila kamu mempunyai jiran tetangga yang jahat.
9. Wahai anakku yang ku
sayangi…
Janganlah sekali-kali
engkau mengirimkan seseorang yang bodoh menjadi utusan. Jika tidak ada orang
yang cerdas dan pintar, sebaiknya dirimu sendiri yang menjadi utusan.
10. Wahai anakku yang ku
sayangi…
Makanlah makanan bersama
orang-orang yang bertakwa dan musyawarahkanlah urusanmu dengan para alim ulama
dengan cara memohon nasihat kepadanya.
~SEMOGA IANYA BERMANFAAT BUAT KITA SEMUA~
SELAMAT BERAMAL - Dari cik Kura-Kura